still counting

01 December 2010

Panning

inilah hasil daripada penyewaan D5000 dari junior sekolah . haha . pusing satu seremban . photoshoot . asah skill sikit . whoot whoot . teknik panning . slow shutter speed pening saya . haha . enjoy :)







dott dott : skill lain ? sifu out there do please teach me :)

21 November 2010

I'm Back !

saya dah balik 
dah lama tidak mengupdate 
jadi sudah gila
kerja FOS amatlah letih

ibu saya berkata
 ' laki laki haruslah berkerja lebih '
 ' mengapakah? '
' sebab kahwin nanti laki yang kene support perempuan,jadi perempuan tidak perlu belajar pun taper.comform ada laki nak punya '
' betul jugak ! '

saya terkejut bila iu saya berkata demikian . haha . penuh falsafah :)


dott dott : sorry for everything ;( 

13 October 2010

10.10.10

okayh post yang agak delay sikit . semua orang ingat tarikh bersejarah tragedi 11 September . asal nombor jeh mesti semua orang ingat punya . nombor yang paling mudah diingati sekali . nombor kecemasan , nombor telepon rumah , nombor rumah , nombor families dan nombor gadis gadis . lagi lagi kalau ditambah dengan insiden yang menyebabkan kita akan ingat terhadap nombor tersebut sampai bila bila . kadang kadang mengingati fakta nombor nih menyebabkan kita rimas sangat bagi mereka yang amat membenci nombor . jadi ramai orang yang mengambil kesempatan yang mendatang ini untuk membuatkan diri mereka diingati oleh orang ramai mahupun membuatkan orang ramai akan ingat hari demikian sampai akhir hayat . harap harap nyerh :)

Tragedi Manis
Angkasawan Negara , Dato' Sheikh Muzaffar Shukor selamat berkahwin dengan Dr.Halina dan disebabkan saya ini tidaklah mengikuti perkembangan mereka berdua ini , tader lah terkejut sangat dan memang tak kenal langsung pengantin perempuan uh . ada aku kisah . haha . bertempat di Hotel Allson Kelan , Seremban dengan 11 hantaran dulang dari pihak perempuan berbalas sembilan . haha . saperlah yg tanggung saper nanti 




Tragedi Pahit
Kemalangan yang dahsyat sangat pada tahun ini yang melibatkan 12 orang maut dan 40 orang cedera di kilometer 223 PLUS arah utara berhampiran Simpang Ampat . melibatkan dua bas express , tiga buah kereta dan sebuah van . aku rasa sangat dasyat sekali . agak agak siapa yang nak disalahkan . suratan tuhan . Dia dah aturkan segalanya . renungan bersama . sobs sobs .




dott dott : harap jadi pengajaran :)

07 October 2010

Canon vs Nikon

okayh , benda yang memasuki wishlist dan menduduki tangga kedua , huyeahhh! kamera DSLR .
bila mahu beli ?
(-___________-")



 10.1 Megapixel CMOS Sensor
EOS Integrated Cleaning System
7-Point Wide-area AF System with f5/6 cross-type centre point
Up to 3 frames per second
2.5" LCD with Live View Shooting
DIGIC III image processor
Compatible with SD and SDHC memory cards
Compact and lightweight body
Digital Photo Professional RAW processing software
Fully compatible with all Canon EF-S lenses and EX-series Speedlites


DX-format
14.2 Megapixel CMOS image sensor
New EXPEED 2 image processing engine
Provides enhanced movie recording
High ISO (100-3200) sensitivity 
3.0 in TFT LCD
D-Movie Full HD (1920 x 1080) at 24fps movie clips
Live View with new AF-F mode and Scene Auto Selector
In-camera image and movie editing
Integrated Dust Reduction System

jadi mana pilihan anda
i need some help over here
for photofreaks do please help me

huyeahhhhh !

04 October 2010

mandi songsang

huyeahh . pernah dengar fakta tentang mandi songsang tak . hari hari dengar pasal hubungan songsang ah . sumer ah . kalau cakap pasal hubungan songsang nih rasanya sumer tahu kot . famous kot tagline nihh . haha . kalau ada orang kene 'mark' hubungan songsang nih , sudah pasti orang pandang serong 90 darjah , kalau nak jaga hati sikit , pandang jelah sikit sikit . jangan kasik gadis anda kepada mereka *petua kepada ibu ibu . haha . peratus HIV adalah tinggi . main hentam ajehh kot . haha .


 okayh fakta mandi songsang agak menarik jugak . mane ntah jumpa benda nih*sebab tajuk main peranan kot . huyeahh . mandi songsang berbeza sikit dan agak rare sikit . first , ia bermula dengan kaki . air yang sejuk gila dimulakan dengan kta main mainkan kaki kita di air tersebut . selalu kita mula dengan kepala kita an . jadi sebab nama dia mandi songsang , kenalah mula dengan kaki dulu baru jadi . haha . sebab? kaki kita digunakan untuk menyuaikan suhu badan kita dengan keadaan sekeliling supaya kita tidak mudah mendapat penyakit . kalu terus mandi dengan air yang sejuk nih terutama waktu pagi , suhu badan macam jadi terkejut sikit ah . haha . macam jumpa hantu . camtulah lebih kurang . haha .

aplikasi ini lebih kurang seperti anda masuk dalam bilik berhawa dingin pas uh terus keluar jeh . mesti rasa macam naik roller coaster kan . cuba ah try kalu nak rasa sendiri . huyeahhh . masuk bilik air-cond temparature paling lowest sekali , pas uh cepat cepat pindah tempat suhu agak kepanasan jugak ah . jadi anda akan merasa satu fenomena agak agak cool plus high sikit ah . weheeeee~jadi tulah sebab ia dipanggil 'mandi songsng'

dott dott : saya jadi part-timer :)

03 October 2010

masa sudah tiba

okayh disebabkan rooter yang macam bengong serta segan segan nak membenarkan tuan dia online , jadi terpaksa bersabar agak lama . akhirnya cubaan yang dinantikan sudah tiba . huyeahhh . macam bengap jeh . haha . dengan fantasy tidak diedit lagi , blog sudah berhabuk serta bersawang , memang pasrah jeh la .

hai rakan rakan . memang mengong baru nak high five . haha . harii terakhir di cfs pj iium . wink3 . memang menarik , hari jumaat hari terakhir merembat kat cfs pj uh , nak kutip barang jeh pon . haha . ulang alik tiga kali turun naik barang dari tempat bertapa di mahallah umar , bilik senior 414 . haha . jadi hari terakhir agak menarik , nak photoshoot tapi kamera tader pulak . jadi new post nih agak hambar sikit ah . haha . sempat buat vandalism sikit ah . giler ah , kenangan kot .wehwwww!

cuti dua bulan , hadiah mereka yang buat foundation di cfs nih . mmg terbaik ah . plan masa cuti ?

kerja
. . . . . . . . . . 
dota
. . . . . . . . . . 
tido
. . . . . . . . . . 
lepak
. . . . . . . . . . 
blog
. . . . . . . . . . 
belajar photoshoot :)
. . . . . . . . . .

dott dott : i'm back! 

21 September 2010

back soon :)


huyeah . found it in Steven Vago Law & Society Book

09 September 2010

hari-hari Hari Raya

hey hey . kadang kadang rasa macam tahun nih raya tak menarik . haha . sebab apa , macam biasa final exam lepas raya . gila terbaik ah . kadang kadang macam nak tanya orang yang buat jadual pekse nih , jeles eh tengok orang lain raya eh ? haha . tapi apakan daya , agak agak nanti jumpa orang bawak buku masa tengah jenjalan raya nih , jangan tanya . kalu tak kene maki , kene lah chewinggum crocs kat muka . paham paham sendiri .

malas malas nak pikir . raya lambat lagi*padahal esok ajeh
cantek skunk nih rasa macam tak update dengan lagu lagu baru . satu masalah . saya pernah dengar lagu ini tapi saya taktau tajuk lagu nih . apa apa lagu pun . haha . jadi maafkan saya . haha . memang bersepah lagu raya . bukak sana lagu raya bukak sini lagu raya . memang semangat raya super duper tahap maksima . oh yeahhh ! *baru ajehh beli baju raya semalam .

jeles tengok orang wat post raya . haha . nak jugak !!


lagu untuk post raya kali ini . terbaik ah ana raffali . second version of yuna . :)





dott dott~

06 September 2010

one drop perfume

hari : jumaat lepas 


keadaan ini berlaku setelah menduduki final arabic writing examination di law department . haha . azman telah digertak seganas ganasnyerh oleh madam waheeda ditemani olah aku , fifi serta awe . segala kata azman telah dipangkah dan azman hanya boleh tersenyum lebar sahaja diusha oleh kak syasya . madam waheeda menghiburkan kami yang berada di department  setelah kami stress menjawab final . haha

topik panas : one drop perfume di masjid jamek 
sumber : khamis , 3 September, akhbar metro
kandungan : 1000 ODP akan diberi kepada 1000 pengunjung percuma 


hakikatnya 
macam biasa rakyat malaysia bila dah dengar orang nak kasi benda percuma . berduyun duyun nak amek . dari budak budak hingga orang tua . warga asing pun tidak melepaskan peluang . 

fakta menarik
kalu orang yang tahu benda ini datang 
campur dengan orang yang tak tahu pasal nih datang sebab baru tahu masa kat tempat kejadian
agak agak berapa orang yang datang uh ?

tempat kejadian 
orang ramai gila nak mati
lagi lagi waktu orang keluar office nak pergi masjid jamek pulak
dapat tengok gelagat orang malaysia
sampai dapat tiga kotak seorang - tak adil ( usaha lebih )
penambahan vocabulary baru - orang mencarut
mangamuk gila dahsyat , high pitchh kot . gila kuat 
azman pakai baju melayu , stay belah belakang saja - sebab mereka ada baling kotak
aku tergelak gelak dan geleng geleng kepala usha rakyat malaysia - 1malaysia .ngeh ngeh .


hasil 
azman dapat sekotak , bekas duit raya , keloncot 
aku senyum ajeh plus badan super peluh
last last . aku dapat jugak . haha 






disebabkan keadaan terlalu gawat sangat . polis terpaksa mengeluarkan saman . haha . market siak sing nih . haha . ODP buat amal nih tempat tak strategik tepi jalan raya kot . ada garisan kuning plak . sah sah kena saman . chill~

dott dott : lepas dapat sekotak , pergi JB :)

Kenny Rogers Roaster


epal emy

huyeahhh . misi bukak pose bersama rakan tercinta . sebenarnya untuk meraikan rakan Mesir . mesti ah . mereka berapa kali jejak kaki kat Malaysia nih . jadi kenalah amek kesempatan sebelum mereka naik kapal terbang . tapi mereka ader masalah dengan perut mereka mungkin . kesian emy . haha . keluar dengan empat orang gila memang ah terbaik . letih perut tahan gelak . haha .

kenny's


 plan dah lama . dalang bagi misi kali ini adalah Emy . ditemani oleh Fana . dan diekori oleh sweet couple , Ezal serta Mia . jumpa kat Kenny Roger Seremban . emy dah order tempat uh awal giler . haha . mula mula usha kenny uh , macam kedai koboi . sekali usha balik penuhh gilerrr . emy dah downn makanan tasampai lagi . haila . lambat sangat , pelik . orang datang lambat dari kami dah dapat , kami terpinga pinga macam orang gila . naseb baik sampai sebelum magrib kalu tak , mmg ah makan kaki staff kenny . tujuan untuk psycho sahaja . haha 

mia , ezal , fana , emy
gerak main boling . tamain pon . duet tader .dompet tggal duet nak basuh kete ajehh sebenarnya . jadi main dengan nikon ajeh , hubby emy . memang semangat ah kalu jumpa nikon . haha . taingat dunia lagsung . suh emy aja macam macam , gila terbaik ah dia . jeles saya . haha . harapan saya masa akan datang , nak belajar photoshoot dan ajar kat bantal peluk saya :)



hasil apabila orang yang tader dslr dan sangap ajehh nak pegang dslr .




saya bukan orang yang kena tangkap gambar akan tetapi saya orang yang tangkap gambar :)


dott dott : thanks emy !


05 September 2010

terkeMOOT

may it please this honorable court , I Muhammad Muaz Mohd Shukor as Senior Counsel on behalf of the respondent
we would like to thank this honorable court for introducing this extra-enjoyment subject this semester
YAA , we also want to thank all the respondent teams and the appellant teams for their tremendous effort to finishing the Bundle Of Authorities on time and congratulation to teams that win their cases 


. . . . .  . . . . . . . . 
cantik ah , saya dah merapu nih . masih berlegar legar dalam kepala otak nih , segala pahit manis masam segalanya dapat dirasai
masa yang diluangkan bersama untuk menyiapkan B.o.A di  Library UM
rakan rakan yang kene maki , padan muka . haha
 . . . .  . . . . . . . . 
memang mooting ini menguji kesabaran
ada rakan yang kene ikot kepala dia
ada rakan banyak pulak alasan dia
mase mooting , pentingkan diri
aku taleh terima langsong
come on ah . wat sama sama . orang lain penat penat wat teks . tengok - tengok tapresent depan judge . apa perasaan anda . sorang paling tinggi pom 5minit ajehh cakap . ko sampai 10 minit . mak aih .
memang cabaran banyak dalam melaksanakan mooting nih
baru kat cfs , kat Gombak ada lagi tahun kedua nanti . betul keh ? . haha
mari mari moot . haha
. . . . . . . . . . . . .. 
mooting adalah minda untuk menguji critical thinking anda
jadi amat berguna walaupun amatlah letih dan pengorbanan kena ada . haha
kelas arab pukul 8 taperlu tahu , memang mustahil datang
akan tetapi rasa bersalah tetap ada , walaupun sebentar sahaja . ngeeeee
. . . . . . . . .. . . . . . 


nur amrullah muazman v wan nur ummul liyana rafidah
the respondents against the appellants
YAA held the judgement
the appeal is . . 
DISMISSED !


dott dott : post yang amat terlambat :)

24 August 2010

hari bersejarah

okayh . debaran makin terasa . elok elok mooting satu september . hakim mintak advance cikit , takut tasempat nak bawak kes . biasa ah uh . semua orang nak balik raya . post raya nanti ah , special punyer . yeah yeah . minggu last . last untuk segalanya . dari sebundle bundle kerja nih , seulas demi seulas hilang pergi meninggal tuannya menemui lecturer yang berwibawa untuk mendapat markah ke final nimmm . tadi barulah berlangsung Law Grand Iftar 2010 untuk first year and second year . walaupom tader ah penuh ngan second year nak membawa diri ke Gombak nihhh kan , tapi oklah . nice performance dari kami . ngeh ngeh . hasil persembahan yang latihan kurang daripada 24 jam . makan not bad sebab kami makan free . tataw ah komensasi daripada orang lain . slurrrpp . dapat pegang dslr lagi untuk event besar camnih . rembat budak first year . apa lagi berdansa ah . sampai kene maki ngan owner " agak agak bila boleh kasik menatang uh ?" jangan lupa tagg kami sudah . haha . satu statement panas . saya maseh noob lagi . down down . haha . banyak benda lagi kene belajar lagi . whoot~


this week assignment
Qiraah Examination 
( 24 August 2010 )

Mooting 
( 27 August 2010 )

GPL Constitutional Law 
( 30 August 2010 )



jadi kepada rakan rakan yang dah menang kes tersebut . tahniah . walaupun hakim agak super sempoi . ngeh ngeh . yang bakal menemui hakim , berusaha lah untuk menambat hati hakim anda . yang lain selamat mengemas bilik untuk cuti berhari raya bersama keluarga tercinta . sedut~


dott dott : b.o.a tasiap lagi nih :)

22 August 2010

dooodolls

wah wah . terima kasih kepada aqilah zainal . haha . memang post nih khas untuk ko . ting tong . dapat present untuk tahun nih . birthday dia 14 aribulan sehari sebelum saya . jadi main main ajeh cakap nak present . haha . katanya nak bagi " dooodolls " . seribu soalan menerjah pemikiran nih . apakah menatang uh ? haha . macam macam lah aku teka benda apakah itu an . senang dan selamba ajehh dia balas , " cuba ko google " . senyap terus . batak giler jawapan dia . haha . apa apa pom . terima kasih kerana memberi kepada saya . tahun depan , aku doublekan present ko . jadi saper bau first time tau ader toys nama dooodolls uh , nasib anda sama macam saya . ngeh ngeh . toys nih dah lama menapak kat malaysia nih , cuma orang taperasan ajehh kot . ntah ah . aku jeh kot yg jadik katak bawah tempurung nih . haha . pelbagai watak dalam dooodolls nih . style !

mula mula aqilah nak kasik si droolie nih , macam style sikit . tapi dah abis



penyudahnye , dapatlah aku si blur blur nih . haha . thanksssss ! :)


eh eh , agak agak nak tau dooodolls nih , tekan ah . selamat mencuba !


dott dott : terima kasih sekali lagi aqilah zainal :)

oh needle

sometimes needle makes me hurt when I touched it . little thing like that single pointed needle makes everyone hurts whenever simple thing like that needle we ignore . yeah . everyone know that needle is sharp like eagles eye . woaaaa . so if simple thing like that particular needle we care so much , big thing also follow us . thanks for being like that , i really appreciate that my 450d .

dott dott : sorry :( 

19 August 2010

at last

perlukan rest . haha . high insanity in air . lalalala~usik sana usik sini . setelah ict dan kalam nyeh speaking dah beres . macam badan ringan giler . awang awang . pergghhh . besh besh . pagi wat kalam . sumer perform terbaik . nordin kene bahan . ngeh ngeh . anda yang paksa kami okayh . haha . najiha paling superb lebih dari lima minit kott . Tok Guru Nik Abdul Aziz terbaik ah memang dia kipas susah mati kat Tok Guru nih . salute kot dia toin toin . sebelah petang perform forum ICT . ngeh ngeh . sekarang dah selesai . hope that all the effort is valuable and will gain high marks for that . at least half ah . all the best . off . nak tito . ngeh ngeh :)


upcoming assignments

Constitutional Law Thesis 
( 30 August 2010 )

Foundation of Law Moot Court 
( 1 September 2010 )





ader orang suggest kat saya . tekan ah . enjoy :)

17 August 2010

migrain

wah wah . hari nih sangat semangat nak present ict . sekali madam kasik soklann killer plakk : "where is the outline people ?" . semua terpaku lah . tergamam . ternganga . ngeh ngeh . amek hangpa sumer kene dush dush dengan madam . tertelan air liur . eye contact main peranan . haha . jadi konklusi akhir semua orang present esok . toin toin . okayh post post . migrain . agak agak camner orang leh migrain ehh ?? . pening saya pikir pasal penyakit nih . macam macam orang kata . keturunan ah . darah beku lah . darah tersekat kat dalam kepala otak sumer . banyak pikir masalah orang lain . selalu headbanging kat underground gigs lah . asik asik pakai minyak atau gel yang tidak berkesesuain ngan kepala sendiri lah . haha . macam macam pendapat daripada macam macam kepala okayh . jadi saya malas nak googling & yahooing dan segala search engines yg terdapat . sebabnyerh , kalu tulis keluar fakta zaman biologi tahun 2008 dahulukala . memang otak saya nih berkebolehan nak menstor segala info info biologos nih sumer . otak saya dah mengalami transformasi kepada otak undang undang okayh . segala masalah sains dengan kaum kerabat sumer bleh lupakan niat anda . you mess up with the wrong guys ladies gentlemen . haha . kalu MATH dialu-alukan ah . haha . okayh dah melalut . jadi malas nk research . tamahu facts yang menjadi kunyahan zaman 2008 . lalalala . saper tahu pasal migrain nih . feel free eh nak singah sokmo kongsi ilmu . tradisional keh , apa yang kamu semua paham keh , mak saya kata . . .  , tak kisah lah . janji migrain . ngeh ngeh . selamat mencuba .



HTML tutorial
facebook

blogger



wah wah . sekali lagi terasa indah melihat foto foto yang sumpah nak mencarut biler tengok . silah lah tekan . haha . ajar lah saya :)

16 August 2010

ways :)

sometimes it is better to have someone that is better than you 

to lead
to navigate
to drive
to lighten 
to help
to motivate

you in becoming a better person in your life , so that you

did not misguided 
did not lost
did not confused 
become aware

when chosen a person that you are strongly can rely on

you must start it first and then everything will follow you 

15 August 2010

AMF Hall

seharusnya post nih dah lame . tapi memandangkan tgg pics camera nikon , terpaksa delay dulu ah . haha . etika makan dalam majlis superb gempak . ngeee . semua orang kene beradap bila makan dan jadi tradisi bila kita makan dengan keluarga pon kene beradab *kecuali makan dengan member ah . haha . kebanyakannyerh etika makan berlaku apabila dalam majlis yg di dalamnya terdapat orang besar , orang kenamaan , pengetua , dean , sultan , atau sesiapa yang dijemput mempunyai high ranking in the society . walaupun orang nyeh kecik tapi namanyerh besar , layan jeppp . 


mula mula kenelah lecture ngan orang besar dari uitm pasal etika pemakaian . nasib baik ceramah mantopsss . kalu x dah lame nk tito dalam lecture hall uh . dah la econn mmg menghasut hasut para pengguna untuk tito . haha . segala rahsia didedahkan dari hujung rambut hingga hujung kaki . baik laki laki mahupun perempuan . ngeh ngeh . ini adalah perlu memandangkan 'kami' akan berlepas ke gombak , jadi hal ehwal dunia pekerjaan perlulah didedahkan . kalu x , orang pakai baju hawaii gi pantai ko pakai baju kerja gi pantai . untung jgak pergi menatang nih , walaupun ader ajehh student yg dah mengalami prog seperti ini di sek men luhh , tapi tasemua orang were born to be perfectionist . ngeh ngeh .




antara etika pemakaian untuk lelaki
rambut kemas , belakang jangan kene kolarr
pastikan kolar anda bleh masuk jari , kalu tak anda mampus tercekik
penggunaan tai mengikut occasions , trend skunk tai slim
hujung tai kat tgh buckle tali pinggang
jangan pakai shades dalam building , orang kata gila kalu wat camtu
jangan pakai buckle yg kedabak besauuuu , ingat anda bukan model diaorang !
seluar ngam ngam kene kat tumit kaki , jangan pendek jangan panjang , selebett okayhhh 
stokin putih amatlah dilarang *malu saya . T.T
jangan bling bling sangat , orang kate over *laki yg feminin , dimaafkan kot . haha




last sekali makan yg beradab dalam hall . macam beyse . yang taleh buat jangan buat . yang boleh buat sila buat . ngeh ngeh . selalu nyerhh , aku tgok mula mula hensem , smart ajehhh tader bunyi ting ting ting pinggan ngan sudu berlaga uh . dah lame sikit ader macam macam lagu symphony pinggan dan sudu keluar . okayh lagi . bila macam orang besau dah kluar dari hall . ha !!segala aksi 18sx kluar . dari bunyi ting ting ting molek molek jadi macam gorilla . orang yg malu malu nk amek lauk jauh uh , bangon panjangkan tangan sampai hujung meja hingga hujung meja nk amekk lauk *sila bayangkan orang pendek berkelakuan demekian . haha . overall , terbaik . tunggang langgang amf uh . satu bingkisan memoir yg indah telah tercipta

saya & kawan D3000

AIKOL GOMBAK !! Here We Comes !!


dott dott : sori lambat :)

12 August 2010

step by step

hey hey . nothing to say this freaking post . ngeh ngeh . domestic waste dah abes . presentation problem solving pom same join sekaki ngan lawsoc uh . speaking corner agak mantopssss tapi kecewa tader penonton down saya . ngeh ngeh . upcoming ass ialah gpl constitution , ict lawsoc dan mooting serta tidak lupa kepada language arab . mmg terbaik ah . jadi pelbagai cara untuk memaksimakan masa dalam membuat kerja kerja tersebut . haha . kene pangkah dan tendang jauh jauh perkara yang tak irrelevant . lagi lagi bulan pose . haha . 


pelbagai cara telah dilakukan untuk memaksimakan masa
. . . . . . . . . . . . .
text mesej ketika mengeram dalam tandas

pasang alarm enset kasi gegar bilik

library menjadi umah kedua 

jalan mana mana walkhaton

maki bila team mates lambat *aku lambat ader ah

priority to nearest ass that must delivered

jadi panda kalu perlu

apa apa yang perlu untuk memastikan setiap ass berjaya dihantar
. . . . . . . . . . . . . . 

bagaimana anda . musim puasa . musim raya . musim mooting . musim orang sumer menggunakan insan-nity untuk defence diri masing masing . sorry to said . these last three weeks makes all of us in hurry and highly insane in the air ! rawwwwwwrrrrrr :)

10 August 2010

Eid Mubarak

setelah mendapat mata panda semalam , badan macam nak meletup dah nih . ngeh ngeh . nasib baik kebal .  show and tell telah pergi begitu sahaja , sekarang ICT pulak mendatang dan arabic speaking pulak .

jadi panda lagi aku 

. . . . . . . 

badan zombie 

. . . . . . . 

biler mahu habis nih 

. . . . . . 

dapat text dari rakan 


" My name is Shaaban . I want to remind you all that that my cousin Ramadan will be visiting soon with his wife Puasa and their children Sahur and Iftar . The triple grandchildrens , Rahmat , Barakat and Taqwa will be also be coming along . Do please embrace and welcome them in your home and InsyaAllah you will be able to visit their home in Jannah "

dott dott : Eid Mubarak from me . Enjoy fasting ! :)

off

I am in a offline mode right know , doing crazy stuff this annoying week . So please forgive me :P

03 August 2010

moot

yes yes . semangat mahu segera ke gombak membuak buak . terima kasih kepada putra , roomies yg disayangi sangat sangat . membawa ke AIKOL tercinta . haha . okayh . saya nak wat statement bodo nih .

semalam merupakan first time menjejak kaki di sana 
okayh 
nak kate ape ape , silakan 
. . . . . 

tapi masuk ajeh , benda pertama terlintas kat kepala dungu nih , mak aih lawa siak gombak nih . place for photoshoot . weheeee . sangap sangap . final silalah datang , saya mahu sepak anda jauh jauh nih . tengok rakan rakan lain berdansa di aikol . saya jeles okayh . orang sumer dah degreee , awak sorang ajeh menyemak kat pj nih . buat sesak ajehh kat pj uh . haha . degree . degree mana anda . aisshhhh cepatlah final . gi mam ngan sumer result saya . gombak first . jumpa wani . semangat dia . yelah abes sem dua sampai semalam , baru lah nampak batang hidung dia . aqilah , aku tak lupa kat ko okayh . haha . saya rindu okayh semua kawan kawan cfs nilai saya yg telah men'degree'kan diri mereka . haha . kepada siapa yang main sorok sorok uh , maafkan saya . ngee~kemudian epik cerita kita bersua selesaikan apa yang tak selesai . confession yg tergesa gesa . erk erk . gombak , weheeeee !!

dott dott : kepada awak , semua orang dah tau . haha . saya senyum sahaja :)

01 August 2010

uitm bersejarah

mueh :    memang ah aku datang uitm ko nih , nak wat lawatan amal . haha 
emy :      ko ah , da sampai bau nk call aku . mengong giler . aku bau nk bermanja manja ngan air nih
mueh :    busuk siak ko . haha . cepat sikit . aku tunggu 

park moto kat kolej tuah , pastuh terus gerak kolej jebat , amek apok pulak . haha

mueh :   weheee , gemok siakk ko . cam emy , perut ke depan . haha
apok :    gemok keh ?agak ah doh aku duk sini jadi gemuk kot . dah lame tabersukan ah . haha
emy :    mengong ah mueh *sambil usha perut dia . haha
mueh :   ak plak berhempas pulas nk gemuk nih kot . cegu sekolah sound aku suh jadik kurus kot .       
apok :    ye lah ko 
mueh :   seriuss bodo !haha
emy :      nak g maner nih doh ??
mueh ;   mmg ah aku duk sini pom . gee~

keluar berjimba kat mahkota parade && dataran pahlawan . ramai . sesak . satu kete mencarut nak carik parkir kereta . haha . tgok cerita PREDATOR . emy tahabis habis wat scene terkejut beruk . mengong ajehh . haha . seterusnya . gerak balik , dah plan nk bergay ngan apok . sekali depan guardpost pukul 10 something ah ,

mueh :   salam 1malaysia . cik , nak hanta kawan saya .
guard :  hanta ?terus gi kat depan atm uh . berhenti kat sana , drop ajehh kawan kamu kat sana .
mueh :   erk , ok .
guard :  pas drop , terus u-turn balik .
mueh :  ???

plan tajadik . apalagi cancel , sumer masuk balik kete . plan baru =overnight . skunk nih masih tapanas lagi . rilek ajehh ah . kluar balik gi melaka balik . jumpa ngan antat(fatin) & kacak(afiq) . kawan emy ah . fatin terbaik ahh . mascomm jgak macam emy . layan layan . afiq bdak art design photo . terbeliak aku . haha . geng nikon . geng canon . mascomm uh pom samer jgak . tension saya . lalalala~overnight berlalu . balik semula pasrah ajeh masuk an pada pagi pagi butu sejuk uh  .

fatin :     salam . ciikkkkk .
guard :   card matrikk .(pas uh tanye aku plak , sambil minta minta kad matrik)
fatin :     nh kawan saya cik . nak gi amek moto dia kat dalam
guard :   aik ?camner moto dia kat dalam plak ?
emy :     semalam dia datang park moto sini , kluar ngan kami .
guard :   parkir dulu kat tepi uh . kamu keluar jap *nada mengeras cari pasal .

mueh :    cikkk
guard :   kamu tahu tak apa salah kamu nih ?camner kamu boleh masuk nih ??
mueh :    semalam saya masuk guard tapggil pom , saya terus masuk ahh . 
guard :   tapi kamu tahu tak apa kesalahan kamu nih ?
mueh :   saya taktaw .
guard :   camner kamu bleh tataw . sedangkan ramai ajehh blehh pergi ke sini mintak kebenaran . saya boleh bawa kamu ke balai polis nih , kesalahan menceroboh kawasan universiti tanpa kebenaran . dengan saya kamu jangan main main , saya tasenyum an . benda nih serius bukan benda wat main main .
mueh :   errr . saya tahu benda uh salah *blurr tataw nak cakap apeh dah .
guard :   eh kamu , asal kamu tabertanggungjawab ngan perkara nih ??
apok :   ala cikk . first time masuk kot
emy :    betol uh , dia tataw pom kene wat cam tuh .
guard :    tapi kamu still kene inform dia an , suh dia datang kat sinih wat ape yg patot an ?
emy , apok & mueh :   *terkesima mereka
guard :   dah dah . kamu *tunjuk kat apok , pergi amek moto dia kat kolej tuah . dan kamu boleh pergi       *muka mintak penyepak .
apok :   ok

kami berempat pom balik ke arah kete . pas uh , bau nk pergi ajehh , kamu berempat masuk office jap . ngatkan dah lepas , sekali lagi kene lecture . mengong ah . pasrah ajeh ah . same ajeh borak borak kene lecture uh . tension kami . abis sume plan pagi uh hancur . down saya . haha . nonie & diba lain kali ah kita bersua ah . lalalala~banyak masa lagi . haha .

dott dott : down down . haha

About Me

My Photo
simple serta gila . itulah saya .amatlah suka dan rakus guna Nikon . art + music = sedut
art by muazshukor. Powered by Blogger.

Blog Archive

rakan

Pages

My Blog List

Categories

gigsgoers

visit !!

About Us

Flex Slider (Do Not Edit Here!)

art of gossiping

stalker :s

blog counter

photowhores

Apa yang Menarik

seorang yang amat noob menggunakan Nikon dan Canon . segala tunjuk ajar dari master amatlah dihargai BUT still Law is my profession and Photo is my life :)